Luc Besson Bakal Kembali Mengarah Filem Lucy 2


Berita baik buat peminat filem Lucy yang diarahan Luc Besson. Filem Lucy yang mengangkat genre fiksi sains ini bakal mempunyai filem sambungannya. Tambahan lagi Luc Besson sudahpun menyiapkan skrip sepenuhnya filem Lucy 2.



Filem Lucy mengisahkan tentang tentang Lucy (lakonan Scarlett Johansson) yang diperangkap untuk menjalankan aktiviti seludup dadah.  Dadah yang diseludup dalam tubuh badan Lucy pecah dan menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku terhadap Lucy. Filem yang ditayangkan pada tahun 2014 ini menerima kutipan yang memberangsangkan iaitu $463 Juta berbanding jumlah bajet file mini sebanyak $40 Juta. Setelah mendapat kutipan yang baik serta ulasan yang positif, Luc Besson sudah bersedia untuk menghasilkan sambungan Lucy.

Luc Besson akan berkerjasama dengan produksi dari Perancis, EuropaCorp dalam Lucy 2. EuropaCorp akan meneruskan delegasi mereka untuk memberi focus kepada filem aksi dan juga fiksi sains. EuropaCorp merancang untuk menghasilkan dua atau tiga filem berbahasakan English dalam setahun manakala dua filem berbahasakan Perancis dengan bajet yang lebih rendah.




Memandangkan filem Lucy menjadi antara filem yang berjaya ketika itu, memang tidak menjadi masalah untuk Lucy mempunyai filem sambungan. Bagaimanapun Luc Besson mempunyai perancangan untuk filem yang lain sebelum Lucy 2 akan ditayangkan di pawagam


Catat Ulasan

0 Ulasan