Mantis Akan Kembali Dalam Avengers 4

Watak Mantis ialah antara watak terbaru yang disahkan untuk muncul dalam Avengers 4. Walauun filem Avengers: Infinity Wars masih lagi belum menjengah pawagam, produksi filem ini sudah mula bergerak menuju kepada sekuel keempatnya yang bakal ditayangkan tahun 2019. Para peminat memang sudah mengetahui yang Guardians of the Galacy bakal bertemu dengan superhero Marvel yang lain dalam Infinity War, buat masa ini, hanya Mantis sahaja yang bakal menyambung ceritanya ke Avengers 4.


Pom Klementieff mencuri hati seluruh peminat MCU dengan lakonannya yang memang cute dalam filem Guardians of the Galaxy Vol 2. 


Pengambaran filem Avengers 4 sudah bermula dan Pom Klementieff antara pelakon yang sedang menjalani penggambaran di Atlanta. Pelakon itu memuat naik gambar di bilik solekan di laman Facebooknya.

Semua tahu bahawa filem Infinity War bakal menjadi filem MCU yang terbesar setakat ini, namun masih ada harapan untuk Avengers 4 menjadi lebih besar daripada filem Infinity War. Penggemar wayang superhero nampaknya sedang bersedia untuk beberapa kematian watak utama dalam filem Infinity War. Tetapi, yang pasti, Mantis tidak akan menjadi karakter yang akan dimatikan kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan